Sejarah awal Gaius_Marius

Berbanding dengan Caesar, keluarga Gaius Marius tidak mempunyai ikatan dengan ahli Senator. Beliau berasal dari golongan plaebian dan dianggap sebagai novus homo ("manusia baru"), iaitu seorang yang tidak berasal dari keturunan bangsawan atau Senator. Beliau dilahirkan pada sekitar 157 SM disebuah desa di Itali iaitu di Arpinum, yang terletak selatan Latium. Walaupun beliau bukan dari keluarga bangsawan, keluarganya agak berada dan mempunyai perhubungan perniagaan dengan keluarga bangsawan di Rom. Ini memberi peluang kepada beliau sebagai orang luar untuk menembusi kumpulan berpengaruh di Republik Rom tersebut.

Marius sebagai tentera pasukan berkuda

Langkah pertama beliau untuk mencapai cita-citanya ialah dengan memasuki pasukan tentera berkuda Rom pada 134 SM. Dedikasi beliau sebagai seorang tentera di Numantia telah menarik minat tokoh Rom terkenal iaitu Scipio Aemilianus, cucu kepada Scipio Africanus iaitu orang yang paling berkuasa di Rom pada ketika itu. Oleh yang demikian, Scipio menganugerahnya dengan berbagai pingat dan penghormatan sehinggakan dia memberitahu orang ramai bahawa Marius bakal menjadi penggantinya.

bertanding sebagai tribune dan menang. Pada 122 SM beliau menjadi seorang quaestor. Tetapi beliau tewas dalam pertandingan merebut jawatan aedile dan hampir-hampir tewas dalam pertandingan untuk menjadi praetor pada 116 SM. Beliau juga telah didakwa kerana menyuap rasuah dalam pilihan raya sebelumnya. Selepas itu, beliau dihantar ke Sepanyol Luar untuk menentang penjahat bandits di provinsi tersebut.